Beliau tiba pada pukul 2.55 petang bersama beberapa penyokong tegarnya untuk menghantar borang berkenaan pada proses penamaan calon bagi jawatan Timbalan Presiden, Naib Presiden dan Ahli CWC MIC penggal 2018-2021.

Terdahulu, bekas Pengerusi MIC Perak, Tan Sri M. Ramasamy menghantar borang penamaan kira-kira pada pukul 2.10 petang.

Presiden MIC, Tan Sri S.A Vigneswaran dan bekas Presiden parti, Tun S. Samy Vellu hadir memberi sokongan pada hari ini. - UTUSAN ONLINE