Sangeet Kaur

Sangeet Kaur Deo berkata, kekecohan yang berlaku selepas dia mengeluarkan pendapat mengenai Dr. Mahathir itu telah dijangkakan.

“Kritikan telah dijangka namun pendirian saya tetap tidak berubah.

“Saya mungkin tidak bersetuju dengan apa yang kamu katakan, tetapi saya akan mempertahankan hak untuk bersuara mengenainya,” katanya menerusi laman Facebook hari ini.

Semalam, dalam satu kenyataan Sangeet Kaur berpendapat bahawa langkah melantik Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri sementara hanya akan memperkenalkan semula kelahiran Mahathirism.

Selain itu, Sangeet Kaur berkata, meletakkan Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri juga seolah-olah menunjukkan Pakatan Harapan seperti tidak mempunyai calon lain untuk jawatan tersebut.

Hari ini, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mendakwa, bantahan Sangeet Kaur itu tidak akan memberi kesan besar kerana majoriti ahli DAP kini menyokong Dr. Mahathir.