Timbalan Perdana Menteri berkata, sambutan amat meyakinkan itu disaksikan oleh beliau sendiri sewaktu berkempen di negeri ini dan kawasan-kawasan parlimen seluruh negara yang meningkat dengan sangat ketara berbanding PRU-12 dan PRU-13.

Menurutnya, sambutan itu harus diterjemahkan dalam bentuk undi pada 9 Mei nanti.

"Keyakinan ini saya nyatakan kerana saya melihat dengan mata kepala saya sendiri terhadap sambutan itu, begitu juga  Perdana Menteri yang sedang berada di Sabah, sambutan rakyat di kawasan pedalaman dan rumah panjang, kumpulan etnik dan sub etnik lain cukup baik.

"Ada gelombang untuk memberikan sokongan besar kepada BN malah di Pantai Timur kita lihat akan ada perubahan dan perubahan positif ini dapat dirasakan," katanya.

Ahmad Zahid berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Program Back2School: Pelestarian Kebun anjuran Yayasan Kemanusian Muslim Aid Malaysia 
(YKMAM) di Sekolah Kebangsaan Sungai Nipah di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Operasi YKMAM, Habsah Marjuni dan Calon BN di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rungkup, Datuk Shahrul Zaman Yahya. - UTUSAN 
ONLINE