Ketua Menteri, Datuk Seri Mu­sa Aman berkata, sekatan kemasu­kan beberapa individu termasuk pemimpin pembangkang ke ne­geri ini dibuat selepas mengambil kira kepentingan awam dan keselamatan.

“(Sekatan) adalah kuasa kita. Hanya kerajaan bodoh sahaja membiarkan penyangak masuk ke negeri kita.

“Kalau (mereka) berniat jahat, memfitnah dan memecahbelahkan rakyat, kerajaan negeri mempunyai kuasa untuk menyekat mereka masuk,” katanya ketika membentangkan Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan Tambahan Pertama (2017) 2017 dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-14 hari ini.

Beliau membidas kenyata­an Christina Liew (PKR-Api-Api) yang mahu Musa mempertimbangkan supaya tidak menyekat mana-mana individu dan pe­mimpin pembangkang untuk masuk ke negeri ini.

Pada November 2015, DUN Sabah meluluskan usul khas melarang dua pemimpin pembangkang iaitu Nurul Izzah Anwar dan Tian Chua daripada memasuki negeri ini.