Itu persoalan yang ha­ngat diperkatakan selepas Pe­ngerusi Badan Perhubu­ngan UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad semalam membuat pendedahan bahawa satu gerakan yang serius untuk menjatuhkan Ahmad Faizal menerusi usul undi tidak percaya di Dewan Undangan Negeri (DUN).

Secara kebetulan, hari ini akan bermula sesi Persida­ngan DUN yang bakal menyaksikan

STEVEN CHAW
STEVEN CHAW 

pembentangan Bajet 2019 Perak.

Beberapa Exco kerajaan negeri telah tampil semalam membuat penafian wujud­nya gerakan untuk menja­tuhkan Ahmad Faizal.

Antaranya Pengerusi Ja­watankuasa Pendidikan, Teknologi, Sains dan Alam Sekitar, Dr. Abdul Aziz Bari; Pengerusi Jawatankuasa Ko­­munikasi, Multimedia, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan Pemba­ngunan Koperasi, Hasnul Zulkarnain Abd. Munaim dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia dan Sukan, Howard Lee Chuan How.

Malah Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) negeri, Steven Chaw juga mengesahkan kesemua lima Exco kerajaan negeri daripada DAP berikrar menyokong Menteri Besar.

“Saya telah menghubungi kelima-lima Exco berkenaan dan saya menegaskan bahawa mereka memberi soko­ngan sepenuhnya kepada Menteri Besar,” kata Steven Chaw.

Ekoran dakwaan Saarani itu, beberapa pemimpin Pakatan Harapan negeri hari ini mencabar beliau supaya tampil mendedahkan siapakan Exco yang dimaksudkan.

Antara yang mencabar Saarani supaya berbuat demikian ialah Ketua Pemuda Pakatan Harapan Perak, Hasnul Zulkarnain dan Ke­tua Penerangan PKR negeri, Siti Aishah Shaik Ismail.

Bagi meleraikan teka-teki siapa Exco dimaksudkan oleh Saarani, adalah wajar nama Exco yang berkenaan didedahkan.

Ditanya mengenai perkara itu, Saarani berkata, beliau sedia mendedahkan nama Exco yang berkenaan namun bersyarat.

“Suruh Amanah Perak tanya semua Exco sama ada mereka setuju tak untuk saya dedahkan namanya. Kalau semua 10 Exco setuju, saya akan dedahkan,” kata­nya kepada Utusan Malaysia menerusi aplikasi Whats­App.