Ananthan, 50,  yang juga merupakan Pegawai Khas Masyarakat India kepada Menteri Besar dipilih sebagai Ahli Dewan Negara bagi menggantikan Datuk Shahanim Mohd. Yusof yang tamat tempoh pada 20 Mei lalu.

Sementara itu, bekas Ketua UMNO Jerai, Datuk Mohd. Suhaimi Abdullah dipilih  semula sebagai senator bagi penggal kedua.

Pemilihan mereka dicadangkan oleh kerajaan negeri dan dipersetujui dalam Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah di Wisma Darul Aman di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE