Rang undang-undang tersebut telah dibentangkan dan dibaca buat kali kedua oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Terdahulu, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee (BN-Beluran) mengemukakan usul untuk membawa rang undang-undang tersebut kepada Jawatankuasa Pemilih terlebih dahulu sebelum perbahasan peringkat jawatankuasa diteruskan.

Walau bagaimanapun, usul tersebut ditolak setelah undi belah bahagian yang dijalankan di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md. Yusof mendapati seramai 111 ahli Parlimen tidak bersetuju berbanding 51 orang bersetuju manakala empat ahli Parlimen tidak menyertai pengundian.

Perbahasan peringkat jawatankuasa akan dimulakan esok. - UTUSAN ONLINE