MAH SIEW KEONG
MAH SIEW KEONG

Antaranya, pembinaan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Projek Fasa 2 Fakulti Teknikal dan Vokasional Kampus Teluk Intan sedang dilaksanakan, Lebuh Raya Pesisiran Pantai Barat dari Banting, Selangor ke Taiping, Perak yang turut melibatkan beberapa kawasan di Teluk Intan juga dalam pembinaan.

Janji untuk melantik Ahli Parlimennya, Datuk Seri Mah Siew Keong sebagai Menteri juga sudah ditunaikan apabila Presiden Gerakan itu kini merupakan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komiditi.

Perkara itu merupakan antara manfaat besar yang diperoleh oleh penduduk Teluk Intan sejak BN menguasai semula Parlimen tersebut.

Itu belum lagi jika mahu mengambilkira pembangunan infrastruktur seperti jalan raya di kawasan bandar Teluk Intan demi keselesaan rakyat.

Siew Keong juga terbukti telah memberikan perkhidmatan yang terbaik apabila beliau sentiasa berada di sisi rakyat memberikan bantuan kebajikan mahupun ketika rakyat ditimpa bencana seperti banjir.

Senario di Teluk Intan jauh berbeza seperti ketika DAP menguasai Parlimen berkenaan, daripada sebuah bandar yang dikatakan akan tenggelam kerana terletak di tepi Sungai Perak, Teluk Intan kini menjadi sebuah bandar yang hidup dan ceria.

Mungkin banyak lagi pembangunan yang sedang dirancang dan akan dilaksanakan di bawah kerajaan BN demi keselesaan rakyat.

Jadi, adalah rugi jika rakyat tidak mahu meneruskan pembangunan di Teluk Intan jik kembali memilih pembangkang dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Ini disebabkan ada andaian bahawa pengundi Cina 'memberikan kemenangan' kepada Siew Keong dalam PRK yang lalu atas sebab mahu menguji kemampuan beliau menjadi wakil rakyat.

Kini sudah terbukti Siew Keong seorang wakil rakyat yang mampu melaksanakan tugasnya dengan begitu baik sekali.

Beliau sudah lulus ujian, maka adakan wajar jika dicalonkan dalam PRU-14, Siew Keong perlu dipilih untuk meneruskan khidmatnya.

Sebaliknya jika rakyat kembali kepada pembangkang, maka bandar Teluk Intan akan kembali seperti dahulu, sepi tanpa pembangunan.

Adakah rakyat Teluk Intan mahu kawasan mereka kembali dicengkam pembangkang yang tidak mampu membawa apa-apa perubahan seperti mana yang dilakukan oleh BN?

Tepuk dada, tanyalah selera.

Untuk rekod, pada PRK Teluk Intan 2014, Siew Keong menewaskan calon DAP, Dyana Sofya Mohd. Daud dengan 20,157 undi berbanding 19,919 undi.

PRK diadakan berikutan kematianpenyandangnya, Seah Leong Peng, 48, akibat penyakit barah.

Pada PRU-13, Leong Peng menewaskan Siew Keong dan calon bebas, K. Moralingam dengan majoriti 7,313 undi. - UTUSAN ONLINE