Beliau yang menjadi wakil rakyat sejak 2013 dikatakan telah mengatur pertemuan dengan Timbalan Presiden Warisan, Datuk Darrel Leiking di Labuan esok untuk menyerahkan borang keahlian parti itu.

Ketika dihubungi media, Rozman bagaimanapun enggan mengesahkan perkara itu dan meminta semua pihak menunggu sehingga beliau mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai spekulasi itu.

“Saya masih menyiapkan kenyataan tentang spekulasi ini,” katanya. - UTUSAN ONLINE