Ketua Pengarah ROS, Mohammad Razin Abdullah berkata, siasatan itu adalah susulan daripada pendedahan oleh pihak yang mendakwa sebagai pimpinan asal Parti Generasi Baru tersebut di Kuala Lumpur semalam.

“ROS akan menyiasat dakwaan ini,” katanya ringkas ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini.

Beliau ditanya berhubung dakwaan pimpinan asal Parti Generasi Baru menerusi Presidennya, Datuk G. Kumar yang mengatakan kedua-dua individu terbabit telah merampas parti tersebut dengan menukar namanya kepada PBR seperti diumumkan pada awal bulan ini.

Kumar berkata, perkara itu berlaku tanpa pengetahuannya kerana tiada sebarang mesyuarat atau notis dibuat dan tanpa persetujuan lebih 300 ahli.

Jelas Kumar, pihaknya telah membuat laporan polis dan aduan kepada ROS supaya menjalankan siasatan lanjut kerana telah me­langgar perlembagaan parti dan undang-undang agensi tersebut.