Ketua Pengarah ROS, Surayati Ibrahim berkata, dalam perkara tersebut, UMNO telah menetapkan supaya pemilihan parti berkenaan diadakan pada 19 April 2019.

"Dengan ini, ROS mengesahkan bahawa kelulusan permohonan untuk mengadakan pemilihan di peringkat majlis tertinggi UMNO tahun 2017 adalah selaras dengan peruntukan perlembagaan pertubuhan Fasal 10.17.

"Ia yang memperuntukkan penangguhan pemilihan di peringkat Majlis Tertinggi, Bahagian dan Cawangan, yang tidak boleh melebihi 18 bulan dari tarikh pemilihan yang sepatutnya," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Isu penangguhan pemilihan UMNO telah ditimbulkan oleh Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang sebelum ini mendakwa keputusan ROS meluluskan penangguhan pemilihan parti UMNO adalah bercanggah dengan perlembagaan parti itu. - UTUSAN ONLINE