Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

ROS hantar surat kepada DAP adakan pemilihan semula CEC

PUTRAJAYA 17 Julai - Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) mengesahkan telah menghantar surat kepada DAP untuk meminta mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC).

MOHAMMAD RAZIN
MOHAMMAD RAZIN

Ketua Pengarah ROS, Datuk Mohammad Razin Abdullah berkata, surat tersebut telah dihantar hari ini kepada DAP.

"ROS telah menghantar surat tersebut pagi ini kepada pihak DAP dan sebarang maklumat lanjut perlu dirujuk semula kepada parti tersebut," katanya ringkas melalui aplikasi WhatsApp kepada UTUSAN ONLINE di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan yang dibuat Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo menerusi Twitternya bahawa DAP telah menerima surat tersebut daripada ROS hari ini.

Baru-baru ini, ROS telah mengeluarkan arahan sedemikian kerana jabatan itu berpendirian bahawa DAP perlu mengadakan pemilihan CEC yang baharu secara telus bagi membolehkan perwakilan memilih 20 anggota CEC yang sah dan diiktiraf.

Hanya anggota CEC yang sah dan diiktiraf sahaja boleh melantik pemegang jawatan utama parti mengikut Akta Pertubuhan 1966 dan Perlembagaan Parti DAP. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain