Razali Ibrahim
RAZALI

Beliau juga akan mempertahankan jawatan Ketua UMNO Bahagian Muar pada pemilihan 30 Jun ini.

"Keputusan ini saya buat selepas mengambil kira pandangan kesemua ahli jawatankuasa dalam mesyuarat sebelum berbuka puasa tadi.

"Memang ada yang mahu saya bertanding jawatan lebih tinggi, tetapi saya memilih untuk mempertahankan jawatan sedia sedia ada kerana tumpuan utama adalah untuk mengembalikan kekuatan parti," katanya kepada Utusan Online selepas menyampaikan sumbangan Hari Raya kepada 330 orang golongan kurang bernasib baik di Parit Jawa, di sini sebentar tadi.

Beliau akan menghantar borang pencalonan esok. - UTUSAN ONLINE