Perdana Menteri juga mahu semua anggota perwakilan menggunakan kesempatan mesyuarat tersebut untuk bangkit bersama-sama memperincikan persiapan jentera dan menggariskan strategi ke arah kesiapsiagaan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 ­(PRU-14) akan datang.

“Jangan ada kelalaian atau kekurangan nanti apabila kita semua dipanggil berjuang di barisan hadapan untuk UMNO.

“Insya-Allah kita semua akan muncul sebagai pejuang terbaik. Selamat bersidang saya ucapkan,” kata beliau melalui laman Facebook dan Twitter miliknya, malam tadi.

Mesyuarat perwakilan tersebut diadakan selepas mesyuarat UMNO cawangan yang berlangsung dari 17 Mac hingga 30 April lalu. – BERNAMA