Tegas Najib, jika Shah Alam yang merupakan ibu negeri Selangor berjaya dirampas, gelombang kebangkitan UMNO dan BN akan menjalar ke seluruh 22 parlimen di negeri terbabit.

"Saya hadir ke sini (Shah Alam) bagi menyampaikan mesej politik bahawa jika kita berjaya memenangi kerusi Shah Alam maka kita dapat merampas kembali Selangor," katanya ketika berucap merasmikan Persidangan UMNO Shah Alam di sini hari ini.