Ramkarpal berkata, adalah menjadi hak bagi adiknya yang juga Ahli DAP mempunyai keraguan berhubung perlantikan Dr. Mahathir yang diputuskan baru-baru ini.

Ujar beliau, perbezaan pendapat yang disuarakan berhubung isu berkenaan tidak perlu dikecam.

"Setiap individu mempunyai hak untuk menyuarakan pendapat masing-masing dan ia merupakan perkara biasa," katanya.

Ramkarpal meluahkan sokongan berkenaan menerusi laman sosial Facebook yang dikemaskini hari ini ketika berkongsi berita mengenai penentangan Sangeet Kaur Deo terhadap Dr. Mahathir.

Hari ini, Setiausaha Agung DAP yang masih belum disahkan jawatannya, Lim Guan Eng mendakwa, bantahan Sangeet Kaur Deo itu tidak akan memberi kesan besar kerana majoriti ahli DAP kini menyokong Dr. Mahathir. - UTUSAN ONLINE