MUHAMMAD FAIZ HASHIM
MUHAMMAD FAIZ HASHIM 

Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Muhammad Faiz Hashim berkata, mengapakah Ramasamy meminta Wan Rosdy meletak jawatan ekoran penguatkuasaan yang dijalankan di kawasan tanah tinggi itu.

“Sepatutnya Ramasamy yang perlu letak jawatan kerana kerajaan negeri Pulau Pinang yang ditadbir urus olehnya selaku Timbalan Ketua Menteri II ternyata gagal dan menindas rakyat di negeri itu terutama orang Melayu.

“Selesaikan dahulu isu pengusiran penduduk dari kampung tradisional dan tanah wakaf, penganiayaan terhadap penjaja dan peniaga kecil, kezaliman terhadap penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR), isu penyelewengan projek terowong dasar laut dan kelulusan projek tambak laut tanpa melalui proses tender sebelum mencampuri urusan kerajaan negeri Pahang,” katanya di sini hari ini.

Muhammad Faiz berkata, beliau mengutuk tindakan Ramasamy itu yang jelas biadap, kurang ajar dan sombong.

“Jaga negeri sendiri dahulu, pastikan rakyat di negeri sendiri terbela sebelum menyibuk mencampuri urusan negeri orang lain,” tegasnya. - UTUSAN ONLINE