Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Rakyat usah biar diperalat pihak lain

SOOK 15 Mei - Rakyat diingatkan tidak terpedaya dengan hasutan sesetengah pihak yang cuba menanam kebencian mereka terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN).

PUTRAJAYA, 14 OKTOBER 2009 - Timbalan Menteri Sumber Asli dan
Tan Sri Joseph Kurup

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup berkata, tindakan itu adalah taktik lama yang digunakan pembangkang semata-mata untuk meraih sokongan dengan memburuk-burukkan kerajaan.

“Jika ada pihak lain yang ingin membantu dan menghulurkan bantuan kepada penduduk kampung di sini, saya senang hati.

“Tetapi jangan ada di antara mereka cuba melemparkan pelbagai tuduhan dan menimbulkan kebencian rakyat,” katanya selepas menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir di Dewan Masyarakat Kampung Kabatang Baru di sini hari ini.

Pada majlis itu Kurup yang juga Ahli Parlimen Pensiangan menghulurkan sumbangan kewangan dan beras kepada seramai 51 penerima dari empat buah kampung iaitu Kampung Tulid, Batu Languyan; Pauh dan Kiulu Baru.

Beliau berkata, keprihatinan kerajaan terhadap mangsa banjir di kawasan itu telah mendorong Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) untuk menyerahkan bantuan bagi meringankan beban penduduk yang kehilangan harta benda akibat kampung mereka dilanda banjir baru-baru ini.

Sehubungan itu, beliau berharap mangsa banjir di empat buah kampung berkenaan bersabar dengan dugaan dialami.

Terdahulu, dalam majlis berasingan, Kurup menyampaikan bantuan dan sumbangan yang sama kepada 12 mangsa banjir di Kampung Kabatang Baru dan Kipaliu. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain