Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, sebaliknya semua pihak diminta memberi fokus dan tumpuan terhadap pembangunan demi kepentingan semua pihak khususnya rakyat di negeri ini.

“Saya sedar akan perasaan penyokong parti dan rakyat Sabah di atas keputusan Bersatu.

MOHD. SHAFIE APDAL
MOHD. SHAFIE APDAL 

“Namun, nasihat saya adalah untuk tidak beremosi de­ngan keputusan ter­sebut dan kita perlu memberi tumpuan kepada usaha membangunkan negeri ini demi kepentingan rakyat,” katanya dalam sidang akhbar di Kota Kinabalu, Sabah hari ini.

Beliau mengulas berhubung pengumuman Pengerusi Bersatu, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam sidang akhbar Jumaat lalu, memaklumkan parti itu akan me­lebarkan sayapnya ke Sabah.

Mengulas lanjut, Mohd. Shafie berkata, pihaknya tidak boleh menghalang mana-mana pihak yang mahu me­nubuhkan parti di negeri tersebut.

“Berkenaan kemasukan Ber­satu ke Sabah, kami tidak dapat menghalang me­reka, atau mana-mana pihak lain untuk perkara itu.

“Ini kerana, undang-undang kami juga membenarkan parti-parti baharu dibentuk,” jelasnya.

Dalam pada itu, Mohd. Shafie berkata, pihaknya tetap akan bekerjasama dengan kerajaan Pakatan Harapan (PH) seperti mana dilakukan sebelum ini.

“Walau bagaimanapun, kami sangat jelas dengan pendirian dan kedudukan parti ketika ini.

“Kami telah bekerjasama dengan PH sebelum dan selepas pilihan raya sehingga berjaya membentuk kerajaan Persekutuan. Oleh itu, kami tetap akan terus bekerjasama dengan mereka demi kepenti­ngan rak­yat,” jelasnya.