Perkara itu dinyatakan oleh Pengerusinya, Tun Dr. Mahathir Mohamad berdasarkan maklumat yang beliau terima.

Menurut beliau, kira-kira 1,214 hektar daripada tanah di Kuantan kini telah didirikan tembok setinggi 2.4 meter sejauh sembilan kilometer untuk warga asing.

"Kawasan ini tidak dibenarkan orang Malaysia untuk memasukinya, hanya menggunakan mata wang negara asing dan bukan undang-undang negara ini," katanya ketika berucap semasa majlis Jelajah Semarak di sini malam ini.

Dalam pada itu, isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) terus diperkatakan oleh dua lagi pemimpin utama PPBM iaitu Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Timbalannya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dalam ucapan mereka berbanding isu-isu yang lebih dekat dengan penduduk negeri ini iaitu kos sara hidup.

Sebelum ini Jabatan Peguam Negara mengesahkan tiada bukti daripada mana-mana penyiasatan yang dijalankan oleh agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang bagi pelbagai bidang kuasa menunjukkan wujud penyalahgunaan wang daripada 1MDB. - UTUSAN ONLINE