Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali at-Takiri
Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali at-Takiri

Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali at-Takiri berkata, antara perkara yang perlu ditekankan termasuklah kredibiliti pemegang jawatan dalam kementerian atau organisasi diberikan kepada individu tepat bagi melaksanakan portfolio berkaitan.

“Kita mesti memastikan projek dan program yang disusun dilaksanakan secara telus, bebas rasuah dan kronisme. Sekiranya kelihatan tanda yang tidak baik, kita mesti melakukan Amar Makruf Nahi Munkar terhadap kerajaan memerintah dengan memberikan nasihat dan teguran disusuli dengan tindakan lebih tegas jika perlu.

“Ini kerana rakyat mahukan perubahan lebih baik dan mahukan pemimpin berintegriti serta berakhlak; pengurusan ekonomi yang adil dan diberkati; kerjasama semua pihak dalam seruan dan gerakan kebaikan dan kebajikan serta pencegahan salah laku dan jenayah demi melahirkan negara yang mantap,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. UTUSAN ONLINE