Perkembangan itu dikongsi oleh Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam akaun Twitter beliau hari ini dengan memuat naik beberapa gambar program partinya di Seremban, Negeri Sembilan; Kampar, Perak; Ayer Hitam, Johor dan Bentong, Pahang yang mendapat sambutan hangat daripada masyarakat setempat.

Beliau menyifatkan sambutan itu sebagai ‘gelombang biru’ BN yang sama sekali memadam dakwaan pembangkang kononnya rakyat hanya memenuhi program-program anjuran mereka.

“Gelombang biru di sana sini! rakyat membanjiri program BN seluruh negara. Rakyat kekal yakin dengan kita, tetap mahu bersama BN!” kata Najib dalam akaun media sosial beliau. - UTUSAN ONLINE