Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu berkata, mesyuarat itu juga dibuat atas kapasiti beliau sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menerajui Unit Perancang Ekonomi (EPU).

“Fokus kita adalah apa yang boleh kita janjikan kepada penduduk negeri ini dalam pembangunan lima tahun akan datang apatah lagi dengan hakikat Pulau Pinang di bawah pentadbiran DAP hari ini semakin kehilangan tarikan pelaburannya,” katanya.

Beliau berucap merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Bukit Gelugor yang turut dihadiri Ketua Bahagiannya, Datuk Omar Faudzar di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE