Menurutnya, perjanjian jual beli tanah itu berlaku pada November 2016 sedangkan beliau mula memegang jawatan sebagai pengerusi pada Januari tahun lalu. 

“Ya betul transaksi itu berlaku pada Mac tahun lalu ketika saya sudah memegang jawatan tersebut, namun perjanjian jual beli tanah tersebut berlaku pada November 2016. Pendaftaran tersebut hanyalah proses terakhir dalam soal pindah milik tanah berkenaan. 

“Kita tak boleh cakap bila berlaku Mac, saya tahu dan terlibat dalam soal itu. Kalau tidak ada jual beli maka tidak ada proses pindah milik. Jadi, Rafizi cakapkan ini hanyalah tabiat dia menjadi penghasut bersiri,” katanya selepas melancarkan progrqm Jauhar Prihatin peringkat Parlimen Johor Bahru dan Majlis Pecah Tanah Sekolah Agama Kerajaan Johor Kampung Bakar Batu serta Projek Pembinaan Jalan dan Jambatan Anak Sungai Tebrau, di sini sebentar tadi. 

Shahrir yang juga Ahli Parlimen Johor Bahru berkata, Felda mengetahui mengenai perjanjian tersebut pada akhir Januari tahun lalu dan ada membuat pemohonan meletakkan kaveat bagi menjaga kepentingan agensi tersebut pada Februari, namun tidak dibenarkan Pejabat Tanah Wilayah Persekutuan. - UTUSAN ONLINE