Rafizi seperti dilaporkan media berkata, kejadian berlaku pada kira-kira pukul 4 petang dan turut disaksikan oleh orang ramai serta anggota polis yang berkawal.

Beliau bagaimanapun memaklumkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sementara itu, Ketua Polis daerah, Asisten Superintenden Lee Nyuk Kim ketika dihubungi Utusan Malaysia berkata pihak polis sedang mengendalikan perkara itu.

"Saya urus dulu nanti saya akan memberitahu kepada anda (media) selepas ini," katanya ringkas. - UTUSAN ONLINE