Bekas ahli Parlimen Pandan itu, terkejut dengan keputusan pemilihan di Perak hari ini yang memberi lonjakan terbesar dan meletakkannya di hadapan mengatasi Mohamed Azmin

“Terima kasih kepada pengundi di Perak yang memberi 6,700 undi kepada saya, berbanding 4,359 kepada Azmin.

“Saya juga menang di 19 dari 24 cabang di Perak, satu keputusan paling besar di mana-mana negeri setakat ini,” katanya dalam satu kenyataan menerusi blognya rafiziramli.com hari ini.

Dalam pada itu, Rafizi turut berterima kasih kepada pengundi di Kedah yang menyaksikannya mendapat 3,210 undi berbanding Mohamed Azmin 3,653.

“Dengan 158 cabang dan 12 negeri mengundi di Semenanjung dan Wilayah Persekutuan kecuali 6 cabang di Selangor yang mengundi esok, saya kini mendahului Mohamed Azmin sebanyak 995 undi.

“Ini mengambil kira keputusan di cabang-cabang Negeri Sembilan dan Melaka yang dikeluarkan keputusan. Saya berharap prestasi ini dapat diteruskan di 6 cabang terakhir di Selangor esok dan disambung pula di Sabah dan Sarawak,” katanya. - UTUSAN ONLINE