Belum pernah lagi Abdul Hadi memberi komen terhadap Rafizi yang terkenal dengan pelbagai jolokan yang kurang molek didengar.

Rafizi patut bersyukur kerana Presiden Pas itu berhati luhur memaafkannya setelah menu­duh Pas menerima rasuah RM90 juta daripada 1MDB.

“Kita anggap dia (Rafizi) jahil, tidak tahu dosa pahala,” kata Abdul Hadi dua hari lalu.

Kalau Rafizi telah menjelaskan kerana Allah dia terdorong mendedahkan dakwaan-dak­wa­an rasuah selama ini, baguslah.

Tetapi perlakuan Rafizi tidak pula mencerminkan seperti mana ungkapannya. Hampas belaka. Tidak pernah menyesal.

Putar belit dan main wayang se­nantiasa. Tetapi malang sekali, putar belit itu ‘melekat’ bagaikan gam dalam fikiran sebilangan orang. ‘Damage has been done’.

Jika dipulangkan kembali paku buah keras, mampu pula dia ‘pu­sing’ balik 360 darjah terhadap para pengkritiknya.

Kalau lihat senarai dalam ruangan ini, sudah lima kali Rafizi berurusan di mahkamah.

Masih nak lagikah senarai keenam, ketujuh dan seterus­nya dengan berbohong lagi.

Rafizi oh! Rafizi. Tak serik-serik kamu.