Keputusan tidak rasmi pemilihan yang diedarkan kepada petugas media menyaksikan Rafizi memperoleh 2,383 undi manakala Mohamed Azmin mendapat 2,298 undi dengan majoriti 85 undi.

Sebanyak 14 cabang PKR bagi pemilihan kali ini iaitu Indera Mahkota, Kuantan, Cameron Highlands, Raub, Pekan, Bera, Paya Besar, Jerantut, Maran, Kuala Krau, Kuala Lipis, Rompin, Bentong dan Temerloh.

Rafizi menang di lapan cabang manakala Azmin menjadi pilihan di enam cabang iaitu Raub, Pekan, Kuala Krau, Kuala Lipis, Bentong dan Temerloh. - UTUSAN ONLINE