Ketuanya, Datuk Zahida Zarik Khan berkata, pengundi di kawasan itu semestinya tidak mahu lagi tertipu dengan semua janji-janji daripada kerajaan Pusat yang terbukti tidak mampu ditunaikan.

"Setelah lapan bulan pentadbiran kerajaan Pusat, semua orang boleh lihat banyak janji yang tidak ditepati. Jadi saya yakin orang ramai terutama pengundi di sini akan memilih dengan bijak.

"Malah slogan calon BN sendiri, 'tiada janji lihat bukti' menunjukkan yang kita tidak mahu berjanji tetapi akan berusaha memperjuangan nasib penduduk di sini termasuk Orang Asli," katanya ketika ditemui selepas program 'Go Adik Go' di Dewan Orang Ramai Jabatan Kemajuan Orang Asli (JKOA) Kampung Sungai Ruil di sini hari ini.

Menurut Zahida, beliau yakin dengan momentum yang dilihat dalam tempoh empat hari berkempen ini, BN mampu mengekalkan kerusi Parlimen Cameron Highlands.

"Saya lihat sokongan terhadap Tuan Ramli amat menggalakkan dan mereka (Orang Asli) gembira apabila calon yang dipilih dalam kalangan mereka.

"Mereka yakin Tuan Ramli akan buat yang terbaik malah beliau juga dilihat sebagai calon yang digemari dan dikenali," katanya. - UTUSAN ONLINE