Ketua Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata pembaharuan itu dijangka mampu membantu meringankan kos kehidupan pelajar luar negara yang tinggi dan membebankan.

Katanya, ia juga boleh menjadi badan pinjaman pendidikan alternatif baru pelajar luar Negara yang kini hanya bergantung kepada pinjaman biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Majlis Amanah Rakyat (Mara).

“Ramai juga pelajar kita di sana yang menanggung kos pendidikan sendiri, ia memang membebankan ditambah pula dengan penyusutan nilai ringgit,”katanya semasa ditemui dalam majlis Apresiasi Sekretariat Mahasiswi Nasional (Swinas) di sini, hari ini. - UTUSAN ONLINE