Ketua Wanita Gerakan Pulau Pinang, Hartini Tan Abdullah berkata, projek yang dimaklumkan sebanyak 4,000 ekar tanah akan ditambak namun berubah menjadi 4,500 ekar itu bukan sahaja akan merosakkan ekosistem lautan di kawasan tersebut malah akan menyebabkan nelayan hilang punca pendapatan.
“Bahagian selatan negeri ini adalah kawasan yang kaya dengan sumber perikanan dan menyumbang 80 peratus hasil laut Pulau Pinang.
“Pulau Pinang di bawah DAP sudah semakin nazak, Gerakan perlu bersatu padu untuk merampas semula negeri itu dan sama-sama kita menyelamatkan kembali pulau yang menjadi mangsa kerakusan parti pemerintah sekarang,” katanya dalam sesi perbahasan Persidangan Perwakilan Nasional Ke-46 Parti Gerakan di sini hari ini.  - UTUSAN ONLINE