Ketuanya, Datuk Mas Ermie­yati Samsudin berkata pembaharuan itu dilihat mampu sedikit sebanyak membantu meringankan kos kehidupan pelajar Malaysia di luar negara yang tinggi dan membebankan.

Menurut beliau, PTPTN boleh menjadi badan pinjaman pendidikan alternatif baharu pelajar di luar negara yang kini hanya bergantung kepada pinjaman biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Majlis Amanah Rakyat (Mara).

“Ramai juga pelajar kita di sana yang menanggung kos pendidikan sendiri, ia memang membebankan ditambah pula dengan penyusutan nilai ringgit.

“Puteri akan membawa per­kara ini kepada PTPTN untuk mencari satu kaedah supaya dapat meringankan beban pelajar dan ibu bapa terlibat,” katanya kepada pemberita selepas majlis apresiasi Sekretariat Mahasiswi Nasional (Swinas) di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Mas Ermieyati berkata, langkah tersebut menjadi sebahagian daripada Strategi Lautan Biru Kebangsan (NBOS) dalam usaha memberi lebih ba­nyak kemudahan dan bantuan dalam pendidikan.