Berlangsung di Dewan Perhimpunan Cina negeri di Jalan Kapitan Keling di sini,  tidak sampai 1,000 penyokong hadir walaupun dianjurkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Padang Kota yang merupakan kubu kuat DAP.

Ketika Ketua Menteri, Lim Guan Eng menamatkan ucapan kira-kira pukul 10.20 malam, pengacara majlis terpaksa meminta orang ramai untuk menunggu bagi sesi bergambar kerana ada yang meninggalkan majlis lebih awal.

Sementara itu, menerusi risalah yang diedarkan, antara yang terkandung dalam manifesto berkenaan ialah mahu meneruskan projek terowong dasar laut walaupun berdepan siasatan penyelewengan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). - UTUSAN ONLINE