Sallehen Mukhyi
Sallehen Mukhyi

Perkara itu diumumkan oleh Pesuruhjaya Pas Negeri, Sallehen Mukhyi yang turut menyatakan ketetapan tersebut sekaligus menyaksikan kemungkinan tiada kerjasama semula diantara parti itu dengan PKR seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini. 

Bagi kerusi Parlimen katanya, calon-calon yang mewakili parti itu akan ditentukan oleh pucuk pimpinan tertinggi Pas. 

“Kita juga bersedia bertanding kerusi PKR di Kajang dan Gombak (DUN Bukit Antarabangsa),” ujarnya. 

Ketika ini kerusi DUN Kajang dan DUN Bukit Antarabangsa masing-masing diwakili Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalan Presiden parti itu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. - UTUSAN ONLINE