Datuk Norliza Abdul Rahim
Datuk Norliza Abdul Rahim

Ketua Wanitanya, Datuk Norliza Abdul Rahim berkata, kerusi berkenaan ialah Balik Pulau, Kepala Batas dan Tasek Gelugor selain turut mengatur strategi di Permatang Pauh dan Nibong Tebal.

Katanya, sepanjang kempen, seramai 6,000 ahli jentera akan dihantar ke Balik Pulau, Kepala Batas dan Tasek Gelugor yang dimenangi BN dalam PRU-13.

“Wanita UMNO akan turun di kesemua 13 kerusi Parlimen cuma kita memberi tumpuan lebih kerana lima kawasan parlimen berkenaan serta beberapan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN), BN ada peluang,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Ditanya mengenai persediaan anggota jenteranya, Norliza berkata, mereka akan bergerak dalam satu unit namun di kawasan berisiko seperti Permatang Pauh, pihaknya mendapat bantuan Pemuda UMNO untuk menyertai program kempen.

“Saya sentiasa mengingatkan jentera supaya merayu undi secara berhemah dan bersopan kerana kita mahu rakyat beri peluang kepada BN mentadbir dengan baik,” katanya.

Sementara itu, beliau mengesahkan terdapat calon Wanita UMNO negeri ini akan bertanding pada PRU-14.

“Bagaimanapun saya tidak dapat sahkan sama ada di DUN atau Parlimen, kita tunggu keputusan rasmi, namun di pihak Wanita, sesiapa sahaja yang dicalonkan oleh parti kami akan memberi sokongan padu,” katanya. - UTUSAN ONLINE