Apatah lagi ke atas pemimpin-pemimpin yang digeruni kerana fitnah dan tohmahan yang sering dilemparkan sebelum ini gagal untuk menundukkan individu berkenaan malah mempengaruhi pengundi menolaknya di kawasan mereka.

Itu yang terpaksa dilalui Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim atau Tok Azeez.

Serangan demi serangan ke atas Ahli Parlimen itu oleh pembangkang gagal mengugatnya walaupun dengan ‘kempen awal’ Pakatan Harapan diketuai DAP iaitu melihat kepada kehadiran pemimpin utama pembangkang ke kawasan itu saban minggu sebelum ini yang diibaratkan oleh Tok Azeez untuk ‘berkelah’ semata-mata.

Itu belum termasuk, membawa masuk portal pro pembangkang untuk menemubual penduduk yang kononnya BN meminggirkan mereka di Baling.

Reaksi penduduk tanpa wajah, tanpa nama seumpama itu siapakah yang mahu mempercayai?

Itu juga gagal.

Pembohongan paling ketara apabila Ahli Parlimen itu dikaitkan dengan rasuah RM3 juta daripada projek Terowong Dasar Laut di Pulau Pinang.

Gerakan pembunuhan karakter itu cukup menjelikkan dan sasaran permainan politik pembangkang ini jelasnya untuk pemimpin BN yang sukar digugat mereka dengan cara kempen biasa.

Serangan seperti ini tentunya bertujuan selain melemahkan semangat pemimpin itu, ia juga memburukkan imej sertai reputasinya di mata masyarakat di kawasan itu.

Sesuatu yang pasti pasca strategi jelik ini tidak merobah seinci pun gerak kerja Ahli Parlimen itu kepada rakyat di Baling malah beliau bertambah bersemangat.

Yang jelas juga, lewat serangan demi serangan dalam usaha membunuh karakter pemimpin di sesuatu kawasan itu membuktikan bahawa kedudukan BN di kawasan itu gagal digugat. - UTUSAN ONLINE