Pesuruhjaya Pas negeri, Rosli Abdul Jabar berkata, ramalan itu dibuat berdasarkan perkembangan situasi politik semasa termasuk hubungan Pas dengan DAP yang tidak lagi bersama dalam pakatan pembangkang.

“Apabila berlaku perpecahan dalam Pakatan Rakyat, kita menjangkakan DAP paling tinggi pun tiga kerusi kalau boleh bertahan.

“Kawasan lain akan hilang kerusi kerana DAP ada menang bawah 100, 1,000 lebih atau 2,000 majoriti undi sedanglan jumlah itu adalah pengundi Pas. Apabila pengundi Pas tidak undi DAP, mereka akan kehilangan kerusi,” katanya dalam sidang akhbar bagi mengumumkan dua lagi tawaran dalam manifesto Pas untuk PRU-14 di sini hari ini.

Yang turut hadir Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri, Andasura Rabu.

Pada pilihan raya umum lalu, DAP menang di tujuh daripada 42 kerusi DUN di negeri ini iaitu Tanah Rata, Tras, Mentakab, Bilut, Ketari, Sabai dan Triang. - UTUSAN ONLINE