MOHD. KHAIRUDDIN AMAN RAZALI
MOHD. KHAIRUDDIN AMAN RAZALI

Ahli Majlis Syura Ulama Pas,  Datuk Dr. Khairuddin Aman Razali berkata, Pas mempunyai prinsip tegas serta jelas bahawa kerjasama perlu dilakukan atas dasar Islam selain kebajikan dan taqwa.

Menurut beliau, Pas sebelum ini memutuskan kerjasama dengan Pakatan Harapan diketuai DAP kerana merasakan gabungan itu bukan ‘kenderaan’  yang boleh membela Islam.

“Kita tengok apa yang berlaku di Sarawak, kita lihat mereka (Pakatan Harapan) tidak mampu bersama Pas untuk membawa Islam. Pakatan Harapan bukan rakan kerjasama kita dalam PRU- 14, melainkan jika mereka mengisytiharkan sesuatu.

“UMNO terpulang kepada UMNO, jika UMNO merasakan bersedia bersama Pas dari sudut pendekatan yang kita katakan iaitu memperkasakan Islam dan memberikan hak kepada rakyat maka kita boleh bekerjasama,” katanya dalam Forum Kepimpinan Negara Ke Arah Kecemerlangan Masyarakat : Deklarasi Pertubuhan-Pertubuhan Islam di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE