Pengerusi PAN negeri, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad memberitahu, parti itu mengetengahkan gan-dingan seimbang mewakili golongan muda, para agamawan, akademik dan profesional yang diyakini mampu memberikan cabaran dalam Pilihan Raya Umum Ke-14.

“Daripada 11 calon DUN, hampir 30 peratus terdiri dari golongan muda yang diketuai oleh Ketua Pemuda negeri, Hasbie Muda yang memahami aspirasi generasi muda hari ini manakala golongan agamawan diketuai oleh Aziz Ab-as, seorang tenaga pengajar di universiti tempatan.

“Golongan akademik pula diketuai oleh Datuk Dr. Prof. Kamaruzaman Wan Su yang merupakan tokoh tempatan manakala golongan profesional lain terdiri dari arkitek, jurutera sivil dan juga marin,”ujar dalam satu kenyataan bagi mengumumkan barisan calon.

Menurut beliau, tiga calon kerusi Parlimen pula merupakan gandingan yang terdiri daripada kalangan agamawan, akademik dan profesional yang akan membantu memantapkan usaha mencorakkan pem-bangunan negeri dan rakyat dengan berkesan.

Raja Kamarul Bahrin merupakan calon tunggal PAN yang bertanding bagi kerusi DUN dan juga juga Parlimen.

Berikut senarai calon PAN bagi kerusi DUN Terengganu.

------------

N.03 -JERTIH

Datuk Dr. Kamarulzaman Wan Su

N.05-JABI

Abd Aziz Abas

N.10 - BULUH GADING

Ir. Azik Chik

N.13 -WAKAF MEMPELAM

Zubir Mohamed

N.16 -BATU BURUK

Ir. Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad

N.18 - BUKIT PAYONG

Mohd Dalizan Abd Aziz

N.19 -RHU RENDANG

Dr. Zarawi Sulong

N.22 -MANIR

Ir. Hafizuddin Hussin

N.27 SURA

Ir. Zulkifli Ali

N.28 PAKA

Mohd Hasbie Muda

N.29 KEMASIK

Ir. Rizan Ali

Senarai calon Parlimen

--------------------

P.035 -KUALA NERUS

Abdullah Muhamad

P.036 - KUALA TERENGGANU

Ar. Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad

P.037- MARANG

Dr. Zarawi Sulong