Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

PRU-14: Kerajaan tidak akan ambil pendekatan populis

KUALA LUMPUR 14 Mac - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan tidak akan mengambil pendekatan populis semata-mata kerana ingin mengekalkan kemenangan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Menurut Perdana Menteri, ke­ra­jaan sedar keputusan untuk me­rasionalisasi subsidi serta mem­perkenalkan cukai barang dan perkhidmatan (GST) merupakan satu pendekatan ti­dak popu­lar dalam kalangan rak­yat.

“Kerajaan telah memutuskan untuk merasionalisasi dan me­n­gurangkan sebahagian subsidi dan ini satu keputusan yang memang sukar untuk kita lakukan, malah ada yang menasihatkan saya agar jangan melakukannya.

“Memang kita ingin menang dalam pilihan raya tetapi kita bukan sebuah kerajaan yang populis. Ia adalah satu keputusan yang tidak popular tetapi tepat pada masanya.

“Kini kita dapat lihat nega­ra lain seperti India merancang untuk melaksanakan GST pada kadar 23 peratus dan Arab Saudi juga bakal melaksanakannya pada 2018,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Pertubuhan Antarabangsa Suruhanjaya Sekuriti (Iosco) yang pertama di rantau Asia Pasifik di Suruhanjaya Sekuriti (SC) di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi SC, Tan Sri Ranjit Ajit Singh dan Ketua Pegawai Eksekutif Su­ruhanjaya Sekuriti dan Niaga Hadapan Hong Kong, Ashley Alder.

Menurut Najib, pelaksanaan GST serta rasionalisasi subsidi ter­­nyata membuahkan hasil­ apa­­­bi­la Malaysia telah berjaya me­ngekalkan pertumbuhan ekonomi sebanyak 4.2 peratus pada tahun lalu walaupun dunia berdepan dengan zaman global yang mencabar serta kejatuhan harga minyak.

“Pertumbuhan ekonomi Malaysia dicemburui negara maju yang lain malah sebuah majalah ekonomi juga meramalkan Malaysia bakal menduduki tangga kelapan paling pesat ber­kembang ekonominya,” kata beliau.

Tambah beliau lagi, Pro­gram ­Trans­formasi ­Eko­nomi (ETP) yang diperkenalkan ­ke­­­ra­­jaan mulai 2010 juga telah ­me­nampakkan hasil yang membe­rangsangkan apabila kadar ke­miskinan hampir dihapuskan di negara ini.

“ETP telah mewujudkan 1.8 juta pekerjaan, malah pendapatan kasar negara meningkat sehingga hampir 50 peratus.

“Kita juga sedia mengu­­ku­h­­kan ­struktur ekonomi negara dengan mempelbagaikan eks­port serta mengukuhkan pasaran domestik di peringkat pembuatan dan perkhidmatan.

Perdana Menteri berkata, pencapaian cemerlang ekonomi Malaysia juga akan disokong oleh pasaran modal yang kukuh serta aktiviti perdagangan yang lebih rancak.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain