Presidennya, Datuk Seri Mah Siew Keong berkata, Gerakan menamakan beberapa calon di setiap 12 kerusi Parlimen dan 33 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan ditandingi pada PRU-14.


“Kita sudah menyerahkan nama kepada pucuk pimpinan dan terpulang kepada mereka untuk memutuskan calon yang layak bertanding termasuk satu di kerusi Parlimen dan tiga kerusi DUN di negeri ini.


“Saya melihat persediaan Gerakan Johor menjelang PRU ke-14 begitu baik dan semua ahli sudah bersiap-sedia. Gerakan berkeyakinan dapat mempertahankan Parlimen Simpang Renggam dan DUN Pemanis selain merampas DUN Bukit Batu dan Skudai,” katanya. 


Beliau berkata demikian selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Parti Gerakan Negeri Johor di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE