Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebelum ini UMNO dan BN negeri 'dibunuh' kerana pemimpin parti sibuk melayani persengketaan sesama sendiri berbanding menangkis fitnah pembangkang.

"Tapi sekarang Allah beri peluang kepada kita dan inilah masanya, inilah waktu terbaik untuk rampas semula Selangor," katanya ketika berucap merasmikan Persidangan UMNO Bahagian Kuala Langat di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE