Ini kerana, katanya, beliau sendiri pernah melalui pengalaman tersebut pada pilihan raya umum tahun 2004 apabila bertukar kembali bertanding di kerusi parlimen.

“Seperti biasa ini adalah parti politik dan bila sampai ke saat-saat akhir boleh bertukar.

“Jadi atas sebab itulah untuk lebih selamat adalah lebih baik bila sampai masanya nak diumumkan itulah......itu pun daripada masa nak umum nama sampai hari penamaan calon pun masih boleh lagi bertukar,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Hakmilik Tapak Kediaman Generasi Kedua Felda Inas Utara dan Notis 5A di Dewan Felda Inas di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE.