Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

PRU-14: BN perlu menang bergaya, kuasai semula undi popular

KJ rasmikan Persidangan Cawangan UMNO Bahagian Kapar
Khairy Jamaluddin berucap merasmikan Persidangan Cawangan UMNO Bahagian Kapar, di sini malam ini. - UTUSAN ONLINE

KAPAR 16 Mac - Barisan Nasional (BN) perlu memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) nanti dengan bergaya bagi menidakkan segala dakyah, pembohongan dan fitnah pembangkang ke atas kerajaan.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, BN bukan sahaja perlu menang dengan majoriti lebih besar di peringkat Parlimen tetapi perlu memastikan undi popular juga menjadi milik parti itu.

"Pada pilihan raya umum lalu kita kalah undi popular tetapi PRU-14 nanti kita bukan sahaja perlu menang dengan majoriti lebih besar tetapi merampas kembali undi popular," katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Cawangan UMNO Bahagian Kapar di sini malam ini.

Katanya, dalam memastikan undi popular menjadi milik BN, beberapa mekanisme terfokus akan digerakkan di kerusi-kerusi bandar bagi memastikan bukan sahaja undi majoriti pembangkang dapat dikurangkan tetapi lebih penting melakukan kejutan dengan merampasnya. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain