Setiausaha BN Johor, Datuk Md. Jais Sarday berkata, antaranya dengan mengadakan program serta aktiviti dalam usaha mendekatkan golongan muda supaya lebih mengenali pemimpin masyarakat dan BN.

"Persiapan menghadapi PRU-14 di peringkat negeri ini sudah mencecah 90 peratus, namun pendekatan terhadap golongan muda perlu lebih diberi penekanan.

"Antara Parlimen yang akan diberi penekanan adalah Parlimen yang kalah pada PRU lalu atau yang menang dengan majoriti tipis," katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat BN Johor di Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE