PRU-14:Asiah tidak bertanding kerusi DUN Johor Lama
Asiah Md. Arif 

Bagaimanapun, Pengerusi Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri itu akur arahan pucuk pimpinan sekiranya khidmatnya masih diperlukan.

“Kalau memerlukan perkhidmatan lagi, saya akur,” katanya ketika ditanya sama ada beliau akan bertanding dalam PRU-14.

Terdahulu, beliau menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Taska Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Takzim di Kota Iskandar di sini sebentar tadi.

Ditanya sama ada calon wanita juga akan diletakkan di kerusi DUN Johor Lama, Ketua Wanita UMNO Bahagian Kota Tinggi itu tidak pasti mengenai perkara tersebut.

“Saya tidak pasti soal itu, kena tanya Ketua Wanita UMNO negeri (Datuk Sharifah Azizah Syed Zain) mengenai perkara itu atau Pengerusi Perhubungan BN negeri (Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin),” katanya. - UTUSAN ONLINE