Ketua Pesuruhjayanya, Mejar Jeneral (B) Datuk Azmy Yahya berkata, kesemua anggota terbabit telah didaftarkan sebagai pengundi pos bagi membolehkan mereka bertugas pada hari pengundian.

“Kita telah bersedia sejak bulan lalu sebelum Parlimen dibubarkan.

“Secara purata seramai 1,000 anggota akan bertugas di setiap negeri dan antara tugas APM adalah untuk membawa pengundi-pengundi dari kawasan pedalaman ke pusat mengundi jika ada permohonan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pemberian pingat perkhidmatan kepada 70 anggota APM di sini hari ini. -UTUSAN ONLINE