Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, ini kerana kerajaan perlu mengikut undang-undang yang telah ditetapkan.

“Perjanjian untuk proses pengampunan ke atas Anwar akan diteruskan tetapi cara yang diikuti mungkin terlewat sedikit kerana perlu ikut aturan dan peraturan.

“Kita tidak mahu lari dari undang-undang dan tidak akan lakukan di luar peruntukan undang-undang,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Terdahulu, pagi tadi beliau mengadakan pertemuan bersama Ketua Setiausaha Negara dan semua Ketua Setiausaha kementerian di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.

Mengulas lanjut, katanya, berikutan arahan bercuti ke atas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, tugas bagi proses pengampunan tersebut akan dibuat oleh peguam cara negara.-UTUSAN ONLINE.