Namun begitu, menurut ketuanya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki, pihaknya akan terlebih dahulu menunggu keputusan daripada pucuk pimpinan tertinggi parti sama ada UMNO akan meletakkan calon untuk bertanding atau tidak.

"Pemuda UMNO menunggu dan menerima apa sahaja keputusan yang di buat oleh parti. Kami juga telah membincangkan perkara ini dan akan menghormati apa juga keputusan yang dibuat.

"Sama ada meletakkan calon dari Pemuda UMNO atau tidak, perkara itu juga perlu menunggu keputusan kepemimpinan tertinggi dahulu. Bagaimana mahu letakkan calon jika keputusan untuk bertanding atau tidak masih belum dibuat lagi," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Pemuda UMNO di Menara Dato' Onn di sini hari ini.

PRK Sungai Kandis susulan kematian penyandangnya, Mat Suhaimi Shafie.

Tambah Dr. Asyraf Wajdi, sekiranya UMNO dan Barisan Nasional (BN) membuat keputusan untuk bertanding, PRK Sungai Kandis akan menjadi medan latihan dan ujian pertama bagi Pemuda UMNO untuk mengembalikan sokongan rakyat terutama generasi muda. - UTUSAN ONLINE