Program yang berlangsung sejak pukul 7 petang itu dimulakan dengan solat maghrib dan diikuti dengan tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Zamri Mantop.

Program diteruskan dengan solat isyak dan kemudiannya hadirin bersolat hajat berjemaah sebelum ceramah dimulakan kira-kira pukul 9.30 malam.

Ceramah UMNO-Pas tersebut menampilkan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Mat. - UTUSAN ONLINE